Kit Kad Imbas Terapi Pertuturan



Pemilihan perkataan yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak adalah penting kerana ianya akan memberikan kesan kepada kebolehan komunikasi kanak-kanak. Perkataan yang ingin diajarkan perlulah yang biasa dan familiar bagi kanak-kanak. Ini membolehkan anda mengulang perkataan tersebut dengan mudah dan kanak-kanak boleh menggunakannya dalam situasi yang sesuai.
Salah satu material yang yang anda boleh gunakan untuk mengajar kosa kata kepada kanak-kanak adalah dengan menggunakan kad imbas.

 Kad Imbas Terapi Pertuturan

Panduan Kad Terapi Pertuturan

Kit Kad Imbas Terapi Pertuturan – kata nama dan kata kerja terdiri dari:
  • 30 kad bagi kata nama yang familiar
  • 20 kad bagi kata kerja yang familiar
  • Nota panduan menggunakan kad bagi terapi pertuturan
  • Bag
Antara kemahiran-kemahiran yang boleh diajar menggunakan kad imbas ini adalah:
  • Kemahiran kefahaman dan penghasilan kosa kata bagi kata nama
  • Kemahiran kefahaman dan penghasilan kosa kata bagi kata kerja
  • Membentuk ayat 2 perkataan
  • Membentuk ayat 3 perkataan
  • Belajar menghasilkan ayat panjang
Penerangan bagi mengajar kemahiran-kemahiran tersebut ada diajarkan di dalam nota panduan yang disediakan di dalam Kit Kad Imbas ini.

Dapatkan dengan hanya RM75. Hanya di Because You Are Special.

Tiada ulasan: